Monday, March 22, 2010

Latest Picture Of Me

Posing pagi sebelum kene inject. Mama say 'Cheese!!!'.. Aisyah terus smile.

Masa tunggu turn kat klinik.


Semalam 22/03/2010 Aisyah ada appointment dengan Dr. Ismail kat PSH. Actually Aisyah kena Pneumococcal vaccine injection. Aisyah pun tak tahu apa tujuan vaksin, yang Aisyah tahu bila doktor cucuk je jarum kat bahu...Aisyah terus nangis sebab sakittttt.....waaaa waaaa waaa maaa maaa...hehehe shame la Aisyah ni.

Lepas tu doktor tanya mama pasal gigi Aisyah, Aisyah ada merajuk, dah berlari ke macam-macam doktor tanya mama. Tapi memang betul pun Aisyah ni sekarang suka merajuk, ye lah Aisyah kan anak manja mama papa. Doktor cakap kat mama yang berat Aisyah sekarang ialah 10.2kg dan tinggi ialah 80cm, Aisyah seorang budak yang sihat dan kuat.

Lepas tu masa nak balik doktor cerita lah sikit pasal vaksin ni, ia sesuai diambil oleh kanak-kanak yang duduk Nursery macam Aisyah, sebenarnya vaksin ni satu perlindungan kepada penyakit Pnuemococcal yang berbahaya sebab dia serang selaput otak, jangkitan paru-paru dan sebagainya, tetapi harga untuk vaksin ni agak mahal RM300++. Nasib baik mama kerja dengan company hospital...hehehe...

Lepas dah habis dengar doktor bercerita, tunggu papa bayar bil dan ambil ubat pula. Aisyah dapat upah air kotak Soyabean sebab be GOOD GIRL sepanjang kat klinik yeaa yeaaa..

Itu saja cerita Aisyah kali ini. Nanti sambung lagi ok. Bye bye friensds...

-Aisyah-

Monday, March 8, 2010

Jogging @ Hutan Bandar

Hai semua... lama Aisyah tak update cerita dalam blog ni kan. Ini semua sebab mama busy, kan mama yg jadi secretary Aisyah untuk update blog ni...hehehe...

Last Sunday Aisyah ikut papa & mama jogging kat Hutan Bandar. Ni first time Aisyah datang sini, selalunya papa mama jogging berdua jek. Sekarang Aisyah dah besar, so boleh la ikut jogging selalu.

Papa jogging 3 round tau...mama layan Aisyah main kat playground je la, cian mama tak dapat jogging. Tak mama, nanti bila Aisyah dah ada tricycle mama boleh jogging sambil tolak Aisyah kan mama kan...
Sessi warming-up
Yang ni Aisyah ikut Aunty Nyonya buat Tai-Chi.
Buat pertama kali Aisyah pegang pasir. Baru Aisyah tahu yg pasir tu keras.
Lepas penat buat exercise Tai-Chi & main pasir, Aisyah main mainan goyang-goyang ni pula.
Papa dah habis jogging. So kami berehat sekejap kat wakaf.
Mama!!! Aisyah dah penat, jom la kita balik.
Itu lah aktiviti Aisyah pada last weekends. Mama papa nanti bawa Aisyah jogging lagi ye.
Bye-bye.
-Aisyah-
(by mama)

Wednesday, December 23, 2009

Happy 1st Birthday Nur Aisyah Aleya


Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Nur Aisyah Aleya
Happy birthday to you.

Tarikh 18/12/2009 umur Aisyah genap setahun. Pejam celik pejam celik kejap je Aisyah dah besar dan dah jadi toddler. Aisyah bukan infant lagi tau.

Masa birthday Aisyah, papa mama sambut secara sederhana saja. Mama kata nanti tunggu umur Aisyah 3 tahun baru buat majlis. So mama belikan Aisyah kek dan toy, papa pula belikan Big Barney sebagai hadiah birthday Aisyah.

Masa birthday Aisyah tu Awal Muharram, jadi school cuti. So, Aisyah sambut birthday kat school pada 17/12...awal sehari. Teacher Linda, teacher Mimi, teacher Ema dan friends nyanyi lagu Happy Birthday buat Aisyah. Besttt sangat...

Mama bagi cupcakes dan makanan ringan kepada friends kat school.


Cupcakes untuk friends mama.
Cupcakes dan makanan ringan untuk friends Aisyah kat school.


Birthday Girl
-Aisyah Aleya-

Aisyah di Nusajaya

Beberapa minggu yg lepas, papa dan mama bawa Aisyah jalan-jalan di Puteri Harbour Nusajaya. Aisyah bangun pagi-pagi sebab mama kata kalau pergi tengahari nanti cuaca dah panas. Ini kali kedua Aisyah ke Nusajaya. Hari tu masa mula-mula pegi papa bawa Aisyah tengok laut jek, tak ambil gambar pun sebab Aisyah belum mandi. ;)) So, kali ini Aisyah pakai baju cantik-cantik sebab papa nak ambil gambar dan lepas tu nak bawa Aisyah dan mama jalan-jalan.


Aisyah dan mama masa sampai Puteri Harbour


Masa sampai kat sini orang belum ramai lagi, maka bermulalah sessi fotografi kami sekeluarga. Mula papa jadi cameraman ambil gambar mama dan Aisyah, lepas tu mama pula jadi camerawoman. Aisyah hanya jadi model jek... :) Hehehe...


Aisyah dan papa.


Aisyah dan mama.

Aisyah rasa happy sangat sebab dapat bergambar dengan papa dan mama. Dah puas mama dukung, Aisyah nak cuba jalan sendiri sebab Aisyah dah big...;))

Aisyah nak jalan sendiri.

Lepas dah puas bergambar dengan papa dan mama, Aisyah jalan-jalan tengok boats dan ships yg ada kat sini. Beessstt ada boat yg big, ada yg small, ada yatch... macam-macam ada.


Bila dah puas tengok boats dan ships, papa mama pun ajak Aisyah balik sebab hari dah panas. Aisyah ni tak boleh kena panas, nanti demam. Sampai rumah je mama suapkan lunch Aisyah (makan nasi lemak mama masak breakfast), lepas tu Aisyah tengok TV dan tertidur. Hehehe...


Sekian dulu cerita Aisyah di Nusajaya. Ta taaaaa...

-Aisyah Aleya-

Sunday, October 4, 2009

Satu Hari Di Hari Raya



Selamat Hari Aidilfitri buat semua kawan-kawan & aunties sekalian. Raya tahun ni Aisyah beraya seminggu kat rumah nenek Batu Pahat. Puas la duduk kampung. Lepas tu ayah & mama bawa beraya rumah atok sedara kat Muar & JB. Tak banyak gambar raya Aisyah sebabnya Aisyah tak reti diam.... hehehe..ada je nak kejar cat nenek la, nak main gelak TokCu la, nak main handphone PakAman la...last2 nak tolong nenek kemas pinggan mangkuk. Rajin kan Aisyah ni. Aisyah tak mau cakap banyak la sebab nanti orang kata Aisyah ni macam mak nenek. kan kan kan.... so mari la tengok gambar Aisyah di musim raya ni. Gambar family masa 1 Syawal belum ada lagi sebab dalam kamera PakNgah. Nanti Aisyah tunjuk kat sini bila ayah dah minta kat PakNgah. Ok kawan-kawan Maaf Zahir & Batin.



-Aisyah-
by Mama

Wednesday, August 19, 2009

Faces of Aisyah @ 8M



Pejam celik pejam celik dah 8 bulan umur Aisyah rupanya, kejap je kan... Milestones Aisyah sekarang ialah :



  • dah pandai berdiri (atas kaki sendiri tau)

  • merangkak kejar mama kat dapur

  • panggil 'amamama'

  • dah tidur kat babycot ( x kacau mama & ayah lagi)

  • nk panjat bantal yang mama susun

  • makan makanan yang lembut

  • suka mandi sebab dah pandai tepuk-tepuk air

  • makin kuat melonjakan badan

  • dah pandai minum air dalam cawan... tapi mama kene pegangkan cawan

  • suka makan buku

  • duduk dalam baby chair masa mama & ayah makan...Aisyah pun makan sekali la

dan macam-macam lagi lah... lagi 4 bulan Aisyah akan sambut 1st Birthday... eee tak sabar nye. Agaknya apa la present yang mama & ayah belikan nanti kan? ...hehehe. Apa-apa pun Aisyah tak sabar nak raya ni. Nak pakai baju baru yang cantik-cantik, kasut baru, hairband, gelang kaki dannnn KUTIP DUIT RAYA.....yewwww selalu mama kena bagi anak orang, tapi tahun ni orang kena bagi anak mama ni pula. Nanti bila dapat duit raya baaanyaaakkk, Aisyah nk suruh mama bukakan akaun SSPN. Aisyah kan nak jadi doktor bila big nanti, so kena simpan duit banyak sebab nk further study kat oversea. Wahhhh Aisyah ni panjang lebar pulak bercerita, habis cerita masa depan semua.


Akhir sekali Aisyah nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa untuk aunties dan kawan-kawan semua.

-Aisyah-
(by mama)

Sunday, July 26, 2009

Aisyah 7M 1W 2D

Hello kawan-kawan dan aunties semua, dah lama Aisyah tak bercerita dalam blog ini kan. Mama busy keje, so Aisyah tak mau kacau mama work. Sekarang umur Aisyah dah 7bulan 1minggu 2hari. Aisyah dah pandai ikut mama nyanyi ABC, Itsy Bitsy Spider, Burung Kakak Tua, Tepuk Amai-amai dan Zikir. Tapi semua tu versi Aisyah la. Perkara wajib yang Aisyah lakukan masa nyanyi mesti lah tepuk tangan, kadang-kadang tepuk kaki pun ada. Mama selalu tegur bila Aisyah tepuk kaki, mama kata 'Aisyah!!! No!!! Mama tau la kaki Aisyah panjang, tapi orang tepuk tangan sayang bukan kaki'. hehehe...

Lagi satu yang best sekarang ialah rambut Aisyah dah panjang & dah tercacak-cacak lagi. Mama, nanti belikan Aisyah hairband dengan sepit ye.

Ok la kawan-kawan, mama Aisyah dah bagi signal suruh Aisyah stop dulu. Mama Aisyah nak work, nanti kita sambung lagi ye. Jumpa lagi semua. Tata....




-Aisyah-
(by Mama)