Monday, March 22, 2010

Latest Picture Of Me

Posing pagi sebelum kene inject. Mama say 'Cheese!!!'.. Aisyah terus smile.

Masa tunggu turn kat klinik.


Semalam 22/03/2010 Aisyah ada appointment dengan Dr. Ismail kat PSH. Actually Aisyah kena Pneumococcal vaccine injection. Aisyah pun tak tahu apa tujuan vaksin, yang Aisyah tahu bila doktor cucuk je jarum kat bahu...Aisyah terus nangis sebab sakittttt.....waaaa waaaa waaa maaa maaa...hehehe shame la Aisyah ni.

Lepas tu doktor tanya mama pasal gigi Aisyah, Aisyah ada merajuk, dah berlari ke macam-macam doktor tanya mama. Tapi memang betul pun Aisyah ni sekarang suka merajuk, ye lah Aisyah kan anak manja mama papa. Doktor cakap kat mama yang berat Aisyah sekarang ialah 10.2kg dan tinggi ialah 80cm, Aisyah seorang budak yang sihat dan kuat.

Lepas tu masa nak balik doktor cerita lah sikit pasal vaksin ni, ia sesuai diambil oleh kanak-kanak yang duduk Nursery macam Aisyah, sebenarnya vaksin ni satu perlindungan kepada penyakit Pnuemococcal yang berbahaya sebab dia serang selaput otak, jangkitan paru-paru dan sebagainya, tetapi harga untuk vaksin ni agak mahal RM300++. Nasib baik mama kerja dengan company hospital...hehehe...

Lepas dah habis dengar doktor bercerita, tunggu papa bayar bil dan ambil ubat pula. Aisyah dapat upah air kotak Soyabean sebab be GOOD GIRL sepanjang kat klinik yeaa yeaaa..

Itu saja cerita Aisyah kali ini. Nanti sambung lagi ok. Bye bye friensds...

-Aisyah-

Monday, March 8, 2010

Jogging @ Hutan Bandar

Hai semua... lama Aisyah tak update cerita dalam blog ni kan. Ini semua sebab mama busy, kan mama yg jadi secretary Aisyah untuk update blog ni...hehehe...

Last Sunday Aisyah ikut papa & mama jogging kat Hutan Bandar. Ni first time Aisyah datang sini, selalunya papa mama jogging berdua jek. Sekarang Aisyah dah besar, so boleh la ikut jogging selalu.

Papa jogging 3 round tau...mama layan Aisyah main kat playground je la, cian mama tak dapat jogging. Tak mama, nanti bila Aisyah dah ada tricycle mama boleh jogging sambil tolak Aisyah kan mama kan...
Sessi warming-up
Yang ni Aisyah ikut Aunty Nyonya buat Tai-Chi.
Buat pertama kali Aisyah pegang pasir. Baru Aisyah tahu yg pasir tu keras.
Lepas penat buat exercise Tai-Chi & main pasir, Aisyah main mainan goyang-goyang ni pula.
Papa dah habis jogging. So kami berehat sekejap kat wakaf.
Mama!!! Aisyah dah penat, jom la kita balik.
Itu lah aktiviti Aisyah pada last weekends. Mama papa nanti bawa Aisyah jogging lagi ye.
Bye-bye.
-Aisyah-
(by mama)