Thursday, July 2, 2009

Aisyah 6M 2W 1D



Syukur Alhamdulillah hari ini Aisyah genap 6M 2W 1D. Lama juga Aisyah tak bercerita dalam blog ni kan kawan-kawan. Ok mari mulakan celoteh Aisyah... hehehe...
Mula-mula Aisyah nak umumkan pada semua yang Aisyah dah ada 'Singing Barney', mama berusaha carikan untuk Aisyah. mmmuuuaaahhh... I Love You Mama. Best patung ni, tekan je dekat love yang tulis I Love You tu terus Barney nyanyi lagu ni:


I love you, you love me,
We're happy family,
With a great big hug and a kiss from me to you,
Won't you say you love too.

Jadi sekarang ni petang-petang mama akan ajar Aisyah lagu ni. Bila jarum dah dekat pukul 7 mama stop nyanyi. Maka bermula pula sessi nasyid untuk Aisyah. Buat masa sekarang ni disebabkan Aisyah masih kecil, mama buka nasyid Nama-nama Allah (Asmaul Husna). Mama pesan nanti kalau dah besar kena hafal nasyid ni. Lepas tu Tok Pah pula mesti suruh Aisyah dengar zikir kat TV Oasis. Aisyah suka dengar nasyid ni semua, rasa tenang je...
Ok la Aisyah kesian pula nak suruh mama taip panjang-panjang, nanti mama penat. Selamat membaca!!!!
Aisyah
(by Mama)

Wednesday, June 24, 2009

Aisyah ada kawan baru

Hai kawan-kawan... ayah Aisyah dah balik dah malam tadi. Masa ayah sampai, Aisyah dah tidur. Tapi Aisyah dapat rasa masa ayah cium2 pipi Aisyah (sebab Aisyah pejam mata olok-olok je), huhuhu....
Aisyah nak cerita yang Aisyah dah ada kawan baru. Satu nama Bantal Barney dan satu lagi Worm. Mama yang belikan sebab mama kesian tengok Aisyah tak ada toys nak bawa pergi sekolah. Mama kata Barney main dekat rumah, Worm yang boleh bawa pergi sekolah. Eeeee.... mesti Teacher Linda geli nanti sebab Aisyah bawa Worm. Hehehe...

Terima kasih mama sebab belikan toys untuk Aisyah. Mama... Aisyah nak minta toy yang lain boleh tak? Aisyah nak Barney yang boleh nyanyi... nama dia Singing Barney. Nanti mama belikan toys banyaaaaakkkk tau... sayaaaang mama.

Monday, June 22, 2009

Aisyah Miss Ayah


Sejak semalam Aisyah tak jumpa Ayah. Ayah pergi Exam di Putrajaya. Jauh tuuu... Esok baru Ayah balik. Aisyah misssssssss sangat kat Ayah. Selalu pagi-pagi sebelum pergi sekolah mesti Aisyah main-main dulu dengan Ayah. Ayah kiss Aisyah, buat Aisyah senyum, ketawa, dan macam-macam lagi. Happy sangat. Bila petang Aisyah balik dari sekolah pun sama. Aisyah mesti bermain dengan Ayah . Malam tadi Ayah call, kata Ayah miss Aisyah so much...




Aisyah
(tukang taip: Mama)

Nursery Rhymes - Incy Wincy (Itsy Bitsy) Spider - Funny video clips are a click away

ABC Song - Funny bloopers are a click away

Sunday, June 21, 2009

Celoteh Aisyah

Pada 18/06/09 (Khamis) lepas, umur Aisyah genap 6 bulan. Mama & ayah bawa Aisyah jumpa DR.Ismail (dia ni 'doctor baby' Aisyah) kat PSH. Aisyah kene injek.... adoiiiii sakitnyeee... tapi disebabkan malu dan nak dapat pujian 'good girl', Aisyah tahan sakit dan tak nangis. DR kata Aisyah dah boleh makan. Yahuuuu... seronoknye dah boleh makan. Masa nak balik rumah, mama singgah Giant belikan makanan Aisyah.

Aisyah suka sangat makan biskut Farley's tu. Balik je dari sekolah, mama mesti suapkan biskut.


Sekarang Aisyah dah pandai duduk tau kawan-kawan, tapi masih belum stabil lagi.


Ok lah setakat ini saja dulu celoteh Aisyah buat kali ini. Nanti sambung lagi ye... Taaa taaa...

Tuesday, June 16, 2009

Aisyah Sayang Ayah & Mama



Ni gambar ayah & mama. Aisyah saaayaaang sangat ayah & mama. Tiap-tiap pagi sebelum pergi sekolah, mama mesti nyanyi ABC & Itsy Bitsy Spider untuk Aisyah. Aisyah suka lagu ABC, bila mama nyanyi, Aisyah tepuk tangan.


Aisyah

(mama yg tolong taipkan)