Sunday, June 21, 2009

Celoteh Aisyah

Pada 18/06/09 (Khamis) lepas, umur Aisyah genap 6 bulan. Mama & ayah bawa Aisyah jumpa DR.Ismail (dia ni 'doctor baby' Aisyah) kat PSH. Aisyah kene injek.... adoiiiii sakitnyeee... tapi disebabkan malu dan nak dapat pujian 'good girl', Aisyah tahan sakit dan tak nangis. DR kata Aisyah dah boleh makan. Yahuuuu... seronoknye dah boleh makan. Masa nak balik rumah, mama singgah Giant belikan makanan Aisyah.

Aisyah suka sangat makan biskut Farley's tu. Balik je dari sekolah, mama mesti suapkan biskut.


Sekarang Aisyah dah pandai duduk tau kawan-kawan, tapi masih belum stabil lagi.


Ok lah setakat ini saja dulu celoteh Aisyah buat kali ini. Nanti sambung lagi ye... Taaa taaa...

No comments:

Post a Comment